Failed parent

Hi. Assalamualaikum.

Dalam post sebelum ni aku ada cerita pasal how bad i was as a mother right. Ok. Kalau tak ingat aku ingatkan balik.

Minggu lepas aku pergi temujanji bulanan anak aku. Bila nurse tu cek and everything dia cakap anak aku kena refer doktor. Sebabnya dia tak boleh nak lambai tangan bila kita lambai kat dia. I didnt know ni adalah termasuk dalam saringan yg dia nak uji untuk perkembangan bayi umur setahun. Selain lambai, anak aku jugak tak boleh temukan dua objek. Dan bila nurse tu buat tepuk-tepuk dekat depan dia, dia buat dont know jer. So cut story short, dia kena follow up lagi untuk cek perkembangan dia.

To be honest. Aku rasa aku banyak abaikan anak aku. I am too focusing on how to instead of actually doing it. Contoh nya ibarat aku ni sibuk mencari dan membaca manual tanpa aku buat sebarang praktikal. Tak ada keseimbangan. Dan anak aku pun kena buat terapi and everything.

Aku rasa macam failed parent sangat-sangat. Yelah. Kenapa dia jadi macam tu?

Ok. Ni adalah teguran dari Allah untuk aku. Jujur cakap aku banyak suap anak aku dengan video didi sebab aku nak mudahkan kerja aku. Yang menjadi mangsa adalah anak aku.

Dalam seminggu ni aku cuba berinteraksi banyak dengan anak aku. Dan perubahan yang paling ketara aku nampak adalah anak aku dah mula bercakap balik. Kalau tak setakat gelak-gelak camtu je. Sekarang dia dah mula balik bunyi bercakap like ba ba ba gitu. Alhamdulillah.

Aku rasa bersalah sangat.

Harapannya, aku dapat jadi mama yg lebih baik buat muhammad adam naufal. Amiin.

Sekian dari failed mom. 

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(