kisah saya seorang bakal guru :PBS weh!

Dengan ini cheq nak isytihaq yang cheq tengah lapaq yang melampau. Lapaq weh! Bagi la cheq makan. Okay, bukan depa tak mau bagi cheq makan, tapi cheq yang malaih nak pi bejalan pi kantin. Skang padan la dengan muka cheq, eh silap, padan la dengan perot cheq. Lapaq! Ala, cheq engat bulih la nak makan teruih bila balik satgi. Satgi balik bulih la cheq nak makan nasik banyak-banyak pon. Kompem la tak dak owang nak kata kt cheq. Tapi kat sini, sat lagi cheq makan dua pinggan, owang kata pa plak. Tak padan ngn anak cikgu nak jadik cikgu. Isk3. *woit, apa kaetan benda ni ngn makan nasikkk??dem!

Mintak maap murid-murid, cikgu tak sengaja. Sejak dua menjak nih, cikgu keja nak mencarut tak tentu hala ja. Hah, lantak ampa la nak pkiaq pa pasai aku. Aku sememangnya bukan perempuan melayu terakhir yang memang terkenal dengan keayuan dan bla bla bla. Ampa describe snirik. Ada kala aku pon cam manusia biasa jugak, benda terkeluaq ja dari mulut aku, naseb la kalau ampa terasa. Sapa makan cabai, dia la yang rasa pedaihnya. Hahah.

Jom tengok Hari ni punya cerita…..

Hari ni cheq punya baguih bangun awai pagi. Ampa tau pukui brapa cheq bangun?? Pkui 3.45 okay! Memang la tersangat awai. Walaupun ari ni ari first pbs, (pengalaman berasaskan sekolah) tapi cheq tak dak la seeksaited tu nak bangun awai-awai. Ni suma adik cheq punya pasai. Bangun pa dak tau awai-awai. Dah tu, bangun pi kejot orang plak tuh. Seb bek mamai, lau tak dah lama kena sekeh. Haha.

Maih sini maih. Cheq nak cita kat ampa suma pengalaman cheq jadik cikgu. Seperti yang ampa suma sedia maklum, arini ari pertama cheq menjalani kegiatan PBS. Bukan kegiatan hat buruk-buruk, tapi baek baek blaka. Ampa engat senang nak mai sekolah dengan title cikgu? Ampa engat senang?????

Ampa tau arini ari apa? Arini ari isnin. Bila ari isnin, kat skolah ayh cheq pagi2 ada perhimpunan! Wadehel? Perhimpunan. Ya murid-murid, perhimpunan. Seawai pagi, cheq pi pejabat kat skolah, terjumpak la dengan tiga jejaka yang tidak kurang tak hensemnya ( aku mlawak ja weh!) menunggu kat depan pintu pejabat tu. Cheq pon senyum la semanis yang mungkin dengan harapan depa tak terpikat. Bajet cam cun ja! Dem u. cheq cun pa. haha. Kecoh la satu pejabat yang cikgu mat salleh aka bapak cheq bawak anak yang merupakan cikgu pelatih kat sekolah itu. Ok, memang la cheq malu tersipu-sipu bila depa tegoq, anak cikgu mat kat? Haha. Tapi cheq tetap bangga~ muahahahaha.. XD

Lepaih tu, cheq lepak sat kat pejabat dengan dua kakak yang dari mktb bainun, depa mai wat praktikal. Sembang sat, paih tu, PK pentad suh pi perhimpunan. Inilah saat-saat di mana cheq rasa nak wat marathon 1km balik rumah! *tipu tipu tipu. Dusta semata-mata. Memang cheq tpu pon, puaih ati? Gila ka weh cheq mai penat-penat nek keta, suh cheq lari marathon balik umah. Isk3.. kompem la cheq tak mau kan? :P

Kini cheq bergelar cikgu kat sekolah tu. Sekolah mana lupa nak habaq. Sekolah padang menora. Cheq pon sama-sama la berbaris ngn cikgu len, nyanyi lagu sekolah segala bagai, paih tu, kena duduk kat stage. Memang la tragedi bagi cheq duk kat ataih stage nih. Ketaqq ooo.. malu pon ada. Ala, cam malu ampa pi bersanding tu… ka ampa tak malu? Tak kisah la mana-mana. Jadik, cheq pon duduk la bersama cikgu-cikgu kat situ di mana cikgu-cikgu kat situ banyak dok gossip pasai cheq. Ceh, pasan kan cheq ni? Takpa, bukan selalu.

Bila dah nak abeh perhimpunan, cheq dan cikgu-cikgu pelatih yang len diberi peluang keemasan untuk memperkenalkan diri depan budak-budak! Mai la saat di mana skru-skru, paku –pakis lam kpala lutut cheq longgaq. Pergh! Nebes cheq tak tau nak habaq. Ketaq nih. Apa patot cheq cakap? Nak guna ganti diri nama apa? Orang-orang depan dok guna saya, tak kan cheq nak guna saya? Pe kes? Dan bila tiba giliran cheq, cheq heran. Awat cheq tak nampak orang depannn?? Rupa-rupanya, benda berkayu hat ada depan cheq tu tinggi sangatt! Tapi tak pa, cheq pi kat tepi skit, nampak la muka budak-budak aka anak murid cheq~ haha

“assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh” cheq bagi salamm, nada macam ustazah skit baru la jejaka-jejaka td pandang baguih skit kat cheq! Haha. Cheq habaq la kat murid-murid ni nama cheq, “nama cikgu nur amalina binti ahmad” pergh! Cheq guna cikgu beb! Cheq cikgu!! Weeehaaaaa.. camni rupanya pangai cikgu, tak senonoh betoi. Isk isk isk..

Ala, cheq Cuma eksaited ja. Tu pon ampa nak jeles. Pes taim jadik cikgu, selama blajaq kat maktab ni tak penah rasa sangat. Tapi bila depan murid-murid, rasa nak lompat-lompat ja nak bagitau, cheq CIKGU. Haha. Bangga oo… cheq pon meneruskan ucapan cheq, “cikgu harap, kamu semua dapat bagi kerjasama ngn cikgu, sekian terima kasih” haha. Sebab cheq ketaq sangat, cheq pon tak tau nak kata apa. Tu ja yang cheq mampu. Sori naaa~~

Balik kat stage, cikgu-cikgu kat blakang pulun tnya cheq. Anak sir mat ka?? “ya, anak sir mat” tak dak muka pak hang pon.. ada la cikgu ni bagi komen kat aku. Sorang lagi mai tambah, “muka ikut mak, tapi tinggi ikot ayah noh” haha. Memang la aku tak tahan nak gelak. Ya, saya pendek sebab genetik family belah ayah saya rendah (tetiba sopan). Tapi awatla aku tak ikut muka cam belah ayah aku tak tau. Kalau ikut, pipi aku mancung, kulit muka aku putih gebu berseri-seri. Haha. Punya tak reti bersyukur. Eh taakkk.. Ya Allah, aku bersyukur atas kurniaan-mu ya Allah. Alhamdulillah.

Part seterusnya agak boring jadik cheq kat kat naa..

Hah, ada satu scene di mana cheq pi koperasi dan bertembung dengan budak-budak tahap 1. Depa tegoq cheq. “cikgu…..” memang la comel budak-budak ni tak tau nak habaq. Muka depa punya eksaited jumpak aku, mata bersinaq-sinaq macam ada lampu fluorescent bila tengok aku. Cheq pon terperasan cheq ni superstar sat. cheq pon tak tau nak jawab apa, cheq pon kata la “hai”. Depa dok renyih-renyih lagi… haish, siap ada yang tarik tangan aku lagi. Memang la aku superstar kat sekolah nih. Hahaha.. ok, cheq meletopp!

Yang aku heran, yang mata bersinaq-sinaq tengok cheq, budak-budak pompuan ja. Adakah cheq orang yang tak laku depan budak-budak laki? Isk, terok nya. Budak jah 4 5 6 pon ang amek kiqa depa tengok ang ka tak. Mesti la weh!

Tak pa, part tu kita tolak tepi, siap la ampa, mungkin arini tudung cikgu buat hal, dok buat kembong-kembong pa tah, aku iron gak balik satgi. Tapi tak pa, esok cikgu tak pakai dah tudung lagu ni. Cikgu pakai tudung hat buat muka cikgu nampak lagi cun dari arini. Oh, siaplah cikgu praktikal bernama idham. Hahaha. Cheq sempat curik tengok name tag dya. Nampak cam bek ja cikgu tu. Nada lawak pon ada gk. Baguih. Ada sense of humor. Cheq cepat suka ngn owang macam ni. Sebelom cheq sambung melalut, adalah baek bagi cheq untuk berenti.

Setakat tu ja untuk pbs kali pertama di sekolah padang menora. Adalah mungkin dengan kesempatan masa pada waktu hadapan, cikgu amalina akan bertemu kembali dalam segment, pbs pertama untuk budak maktab. Ecehh.. haha.. ok, nak pi siap-siap nak balik weh! Nak balik yey! Nak balik yey! *mata bulat dengan pipi kembong dan lagak yang tersangatlah comel sehingga mampu mencairkan semua lelaki yang suka anime. Haha. Muhong ja keja aku arini. Dosa dosa. Bye!

p/s: sikap di ataih adalah tipu sahaja sebab cheq ni adalah seorang yang sangatlah pemalu kalau anda suma berhadapan dengan cheq. Memang cheq tak tipu punya. Kalau ampa jumpak face to face dengan cheq, memang la ampa rasa bosan sebab cheq pemalu yang melampau dan hanya menundukkan pandangan dan diam semata-mata. ::peace:: ampa nak gadoh ka, tak puaih ati ka, mai jumpak aku depan-depan. Memang aku tak kan maapkan ar sapa2 hat suka dok mengutuk blakang aku.

blogger-emoticon.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(