pagi Jumaat.

assalamualaikum wbt.

wassup wassup. memang takdak keja lah kan aku ni. maklumlah, kelas petang ni cancel. so, tak payah pusing-pusing kepala nak gosok baju. yippee...

pagi tadi memang ada kelas. and actually aku dah nak siap pun. masa tu berdiri kat depan cermin, melilit kepala dengan selendang bak ular sawa then tetiba, henfon nokia aku yang cikai ni pun berbunyik. fuh. ada mesej masuk tu. aku pun usyar, oh, MR. **** rupanya (lecturer) .

and ayat dia dalam mesej tu sangatlah menikam kalbu ku... pedih. lalu aku pun tersentap, hampir rebah tetapi masih stabil.hampir terlepas henfon dari tangan.hampir sahaja.

lalu nafas menjadi sesak... muka semakin panas. mata kian kabur. acewah, leh buat novel gini. tapi memang betul pun !

nak aku quote kan kat sini tak ? haha. tak payah lah kan. tapi apa yang pasti ayat dia sangatlah memedihkan ulu hati. senak perut baca.

then kyron pulak mesej, cakap dia dah keluar rumah. tapi aku dah kehabisan mood untuk pergi ke kelas. lalu aku pon reply, takpe lah. tak jadi nak gi kelas.

yerp, terus aku bukak balik selendang yang dililit tadi. pastu aku terduduk. mengenangkan nasib aku sebagai penumpang. -.-'

then tiga saat kemudian, air tu pun keluar la dari mata. sibuk betul dia. nak buat camna kan. sedih sangat-sangat. kecewa. terkilan. tak sangka.

after that, terus panggil hanim and bagi buku register kat dia. lantak lah MR. nak cakap apa pun. yang pastinya, aku tak mau pi kelas dia. tak mau tengok dia. sedih sangat-sangat.

and aku pun tukar balik baju aku. dari pakaian formal terus menjadi santai. aku lemparkan badan aku yang memang gempal ni kat atas katil. nangis semahu-mahunya sambil tekup muka dengan cik apple aku. sedih. sob sob sob... dengan tidak semena-mena aku tertidur. -.-'

kisah aku kesedihan pagi tadi. dah la dilukakan oleh sahabat sendiri. mungkin jugak aku tak cukup faham dia. okay, sori lah selama ni menyusahkan and thanks sangat-sangat.

japgi pulak nak keluar. dengan kawan-kawan. yang turut stress. mira sanggup nak angkut aku gi giant, so thanks a lot friend.

p/s: kalau dah janji, boleh tak tunaikan? and kalau anda ada hal sekalipun, tolonglah maklumkan kepada orang tersebut dengan lebih awal supaya orang tersebut dapat mencari penyelesaian yang lain dari tertunggu-tunggu janji awak yang sudah semestinya palsu. cukup hanya di bibir. jangan beri harapan palsu kalau tak mau makan penampar aku. haha.  

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(