Kisah hari ni.

assalamualaikum wbt n peace upon all.


hari ni sepatutnya, i repeat, sepatutnya tak pergi jalan-jalan. hanya mahu duduk rumah dan menghadap laptop lantas menyiapkan esaimen. tapi, itu dusta semata-mata. kerana, kerana, kerana saya telah pergi ke AEON yang baru bukak which i don't really know the exact place. semua nya atas invitation cik rushy. driver tadi, aten! 

besar sungguh tempat tu. memang tak larat nak jalan. dan! ramai giler orang! sesak sangat-sangat. nak bayar masa beli kasut kat vincci terpaksa beratur dalam barisan yang amat panjang. macam keretapi! pastu, pastu..

kitorang pergi kedai daisu, then hanim mintak tolong pekerja kat situ. then dia tegur saya. cakap mata bulat. dah banyak kali dengar dah orang cakap camtu. :') saya senyum je lah. 

then waktu kitorang nak bayar this guy ada kat kaunter. cam ucap terima kasih datang lagi kot. tah, dah tak ingat dia cakap apa. tapi, dia tak sepatut nya ada kat situ lah kan. 

lepas keluar kedai tu, saya tanya hanim. "bkpo laki tu gituh? (Kenapa laki tu camtu?) " then hanim jawab

"galok.. (gatal)" 

and i burst out laughing. kelakar sangat cara hanim respond kat soalan saya tuh. sian kat laki tu. mungkin dia nak beramah mesra dengan hanim barangkali. hanim reject dia.. 

after that, memang dah lewat. saya dengan hanim dah sudah bershopping. penat sangat-sangat. kaki ni rasa macam nak tercabut jer. tunggu shidah and aten lah. dorang lama giler. yang ni lagi hebat shoppingnyer. :') terbaik dari ladang. 

lepas dorang dah siap shopping, terus kitorang rush nak balik. sebab tak solat asar lagi. tapi singgah rumah aten dulu and sempat gi bazar jap. membeli tu tak payah cakap lah kan. tak pernahnya sikit. nafsu besar! teruk betul.

then, masa hanim nak beli lauk, orang kat kedai tu tegur saya (laki). dia tanya, "tu bulu mata palsu ke betul?" 

seriously? macam pelik sikit lah sebab takkan tak pernah tengok orang pakai fake lashes kot kan? then saya jawab, "taklah" sambil gelak-gelak. malu kot. mana lah ada orang penah tanya benda camtu. dah la first time pakai. 

las-las dia jawab, "oh, campur eh?" 

haha.. ye, campur.. bulu mata pelesu and bulu mata saya yang ori. :') 

tapi atinoon cakap memang tak nampak cam pakai bulu mata pelesu pon tadi. hehe... so did AA.. 

Kisah_Hari_Ini_:) 

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(