never say goodbye

Entry kali ini ditulis bagi menghapuskan sawang-sawang yang dah penuh kat blog ini. Saja nak share dengan suma orang, paper LDv hari ini, susah bangatt... Haha. Baru hari ini ta0, penangan ketas LDv. Before amek exam, dah kena tempik. Pagi lagi k0t, tak perlu rasanya nak bertempik-tempik sampai camtu skali.Sesudah ditempik, kami sekelian dewan pon senyap. Garang k0t lecturer tu..

Entah apa la masalah dia pagi tu entah. Tak pa lah, tak ma0 ta0 pon. Lantak dia lar. Ada la kawan aku ni, boleh pulak cakap, "Gaduh dengan boypren dia k0t, sebab tu mengamok pagi-pagi nih." Haha. Siapakah lecturer berkenaan? Biarlah rahsia. Tak lama pastu, kena marah lagi. "Sila duduk di meja mengikut angka giliran kamu." Aik, memang kami duduk ikot angka giliran pon. Apa masalah lagi ni? Tak pasai ja exam tadi dilewatkan dua minit. 8.32-11.32 pagi. Alamak, aku dah ler takde jam. Camner nih? Buat pulak jam kat depan tu mampus. Aisey, parah la kalu camni. Takpe2, pandai-pandai lah aku suroh lecturer tu betulkan jam tuh. Bismillahirrahmanirrahim.. Start dah exam LDv. Ok, so far so good. Buleh lagi jawab. Cuma sampai kat passage num 2, crita pasal internet. Walaupun nampak agak senang, tapi aku amek masa yang agak lama untuk jawab suma soalan untuk passage tu saja. Nama ja exam, tapi sekeliling hingaq giler. Almaklum la, hari sukan dah nak start, so mesti la buat preparation, tol tak?

Dalam dok jawab exam tu, macam-macam dugaan dapat. First, kena teg0 dengan lecturer. Dia tak bagi guna kad matrik, kena guna i/c. Aik, semalam cakap boleh, hari ni dah tak boleh? Ok, fine. Ada ja i/c tu kat luaq. Malas nak amik. Tengah dok jawab soalan, dengan bunyi bising depa dok buat raptai, dengan panas lagi, memang dugaan giler. Timing aku dah banyak lari sebab tak bawak jam. Aduh.. Tak lama pastu, boleh pulak budak-budak raptai ni bukak lagu my girl, yang tajuk dia never say goodbye tu.. Menyanyilah sebentar aku tatkala menjawab soalan. Haha. Distraction betoi la. Dalam dok jawab exam tu, ada la satu hamba Allah ni, boleh dia menyanyi pulak. Tak dapat dikenal pasti siapa, tapi, ramai gak la kawan-kawan aku yang dengar dia ni menyanyi lagu my girl tu.. Apa nak jadik la neh.. Ada LDv k0t depan mata. Huhu.

Sesudah kertas LDv dikutip, lecturer garang tersebut bertempik lagi. "Saya tak nak sume orang keluar sekaligus, barisan ni dulu." Adeh, Miss, kitorang bukan budak-budak lagi ta0. Tak perlu la sampai nak keluar tu pon, miss nak sekat. Ntah pape je. Aku n kembar aku dah geleng-geleng kepala. Kelakar pon ada. Camna la dia ni buleh jadi tutor kelas aku? Ops... Teeettt... Berhenti di situ. Cam biasa la, bila dah abes exam, suma orang mula la bising. Yang pasti, topik hangat yang diperbualkan adalah kertas LDv agak sukar tadi. Nasep korang la. Aku dah tak nak pikir sal LDv dah. Serabot kepala jer. Yang lepas, biarkan ianya lepas. Pasni, nak amek ta0 sal result je. Kena pikir untuk exam esok hari. English Studies. Banyak benda nak baca nih. Beli makanan dulu lar, lapo giler !

Sampai je kat kafe, pergh, ramai giler orang. Takpe la, memang waktu makan pon kan? Isk, lauk ayam jer ader nih. Hari-hari camni, gemok la aku. Takpe2.. Still, better dari orang-orang yang takder makanan kat negera lain kan? Alhamdulillah. Rezeki, rezeki.. Bungkus jela. Tak nikmat makan kat kafe. Panas. Pas beli lunch, aku pon balik bilik. Isk. Isk.. Panas menjadi-jadi. Apasal panas sangat nih? Aku pon takleh nak dudok lama-lama panas2 ni, capai la towel. Gedebushhh ! Mandi ! Nyaman je rasa. Pas mandi, teng0k rummet tido. Haish, tak bleh jadi nih. Mana aci tido sowang. Aku pon nak tido gak weh. Tambah-tambah pas mandi nih, lagi la sedap tido. So, aku pon tido kejap memandangkan zohor pon tak masuk lagi. Tak lama pastu, aku dikejutkan dengan ketukan di pintu bilik. Ada orang bagi salam. Orang tersebut pon bukak la pintu dengan sendirinya memandangkan dia dah biasa dengan selok belok bilik aku nih. Dibawanya bersama, buku-buku ES. Huh, stadi lar tuh. Rajen giler. Apasal la aku tak serajen dia nih? Ader aku kesah?

Buku ni menyerabutkan kepala aku jer. Perot aku masih lapar. Balik tadi tak terus makan. Blasah jer nasi yang baru beli tadi. Fuhh, nikmat. Makan time lapar sangat2 memang la nikmat. Menghargai setiap butir nasi yang beli tadi.. Lapo sangat2 dah. Lepas makan, lepak pulak dengan buku. Print out segala tok nenek nota yang kawan aku bagi. Banyaknyaaa... Baca-baca kejap, isk, tak senang duduk pulak.. Capai towel, gedebusshhhh ! Mandi lagi sekali. Haha. Pas mandi, ada pulak lagi sorang tetamu. Takpa2, meh la ramai2 lepak kat bilik aku. Diorang tengah wat stadi group. Aku tak suka sangat stadi group bila las-las minit ni. Aku lebeh suka dengan keadaan sunyi supaya aku jadi lebeh fokus. Dah bising-bising camni, aku pon lepak la atas katil dengan nota-nota aku. Dalam dok tengah baca tetiba pulak, kawan aku nih dok pi sebut banana split. Teringat banana split yang dekat giant ritu. Nampak cam sedap. Pastu mula la satu-satu jenis makanan yang kuar dari perbincangan diorang tadi. Haha. Camner ntah, diowang ni tetiba cakap nak pegi giant. Well, kat sini, giant jela yang paling dekat pon.

Memandangkan depa ni dok cakap nak pegi, nak pinjam moto la, bla.. bla.. bla.. Aku pon cakap, "Pinjam moto fizi jela." Fizi ni budak kelas aku. Dia ada moto. Depa pulak tanya, "Dia bagi ka?" Ntah. Belum cuba belum ta0 ma.. Dah tanya, fizi cakap boleh jer.. Baek plak ati fizi neh. Hurm.. Takpa2.. Orang dah bagi, jangan banyak songeh ! Fizi cakap pkul 6. Well, beress ja.. Aku pon suroh la depa ni bersiap memandangkan diowang yang beria nak pegi giant tadi. Sekali disuroh, sorang pon tak m0 pegi. Wadehel ! Aku penat-penat suroh Eyka gi pinjam, tanak pulak. Isk. Isk. Sabor2. Driver takder. Aku pulak takder lesen. Camner nih? Tetiba Allah bagi ilham. Shiron ! Aku pon capai fon, takder nama lain dah yang aku cari kat fonbuk tuh, ipgm_shiron. Shiron je yang boleh harap sekarang nih. Lepas berbincang, Shiron cakap, ok jer. Waaa, sporting abes la Shiron nie. GOod~~ Pastu, aku pon suroh la kawan aku ni pegi kuar dengan Shiron, memandangkan kemarin dia ajak aku keluar, nak cucuk duit dia ckp. N dia pon dah takder duit untuk makan pun. Sekali lagi, suruhan aku direject. Apa lagi, berasap la aku nih.

Dah sorang pun taknak pegi, biar aku jela pegi. Lagipon, dah janji dengan fizi n shiron. Pegi jela. Lagipon, nak cucuk duit je k0t. Aik, sape pulak nak cucuk duit. Kalu ikut bajet aku, lepas je lagi sampai jumaat nih. Siap lebih lagi k0t. Takpe lah, sekadar pergi untuk menunaikan janji jer. Sesudah bersiap n solat, kawan aku lagi sorang mintak kirimkan duit. Yang lagi sorang pulak suruh cucuk kan duit n belikan dia vaseline. Kulit dia kering n mengelupas akibat cuaca yang terlampau panas di sini. Ok2.. Buleh sabar lagi nih. So, aku pon direct jer pegi.. Aku pergi dalam keadaan yang agak marah dan tak cakap langsung kat rummet aku n kawan aku yang tader duit tadi nih. Hot beb !

Sampai-sampai jer kat giant, gi lar cucukkan duit kat hamba-hamba Allah ni tadi. Pastu terpikir, baek aku keluarkan duit n g bayar bil beruk aku tu. Abang aku ni slow ar. Isk.. Pas cucuk duit, aku pon gi lar Guardian, dekat dengan exit Giant tu. Buat pertama kalinya, aku berspeaking omputeh kat public. Menggatai plak mulut aku ni nak cakap omputeh. "Do you have vaseline here?" Aku tanya kat pekerja Guardian tuh. Dah macam doktor lak aku tengok minah nie. Doktor keja kat Guardian.. Muahahaha... Pas bayar untuk Vaseline tu, aku pon menuju ke booth celcom dalam Giant tuh. Nak bayar duit beruk jap. Baru la ta0, bayaran tertunggak RM134.15 sen. Aku bayar RM135. Setel suma tuh, apa lagi, balek ar. Dah nak dekat pkul 7 nih. Jom-jom gerak. Pastu shiron tanya lak, nak gi isi minyak tak untuk fizi?

Hmm... Pegi jela, lagipon minyak dia dah sampai meter E.. Baek kan aku? Hik3.. Pas g isi minyak n makan aiskrim, baru la aku balek maktab. Pas bagi barang kat Eyka, aku pon balik. Destinasi seterusnya, bilik Hanim. Pas bagi hanim duit yang dia kirim tu, aku tego la kawan aku ni. Aii.. Sengap jer. Pe kes? Hmm, takpelah. Buat tata0 sudaa.. Marah aku yang mula-mula tadi dah ilang. Kejap je kan aku marah? Heheh.. Seronok nek moto. Berangin lak petang tu. Nikmat OOoo... Pas balik bilik, cek broadband lak.. Yeah.. Dah boleh guna.. Bagus ar.. Buleh men ym dah pasni.. Ho yeah !!

Maghrib pon menjelma. Ippen, shindemiru?... Bunyi fon aku. Eyka tanya nak gi kafe ke tak. Aku tak rase lapar sangat pon. Tapi rasa nak makan. Haha. Pegi jela. Pas konfemkan dengan Eyka pukul 8.15, aku ajak Hanim pulak. Jumm makan ! Then aku gi solat, pastu menyiapkan diri. Sebelom pegi, sempat gak aku korek maklumat dari jiran aku. Rupanya, kawan aku cakap, dia gurau jer waktu dia cakap dia nak gi giant. Huhuh.. Hancus hatiku. Ingatkan betul-betul la dia nak pegi. Takpe lah, dah lepas pun kan? Pas siap-siap nak gi makan, aku pon turun la gi bilik Hanim. Hurm, tak siap lagi.. Tunggu la kejap. Janji ngan Eyka tunggu kat blok J.

Then fizi kol. Tanya sal moto, helmet n kunci. Haha.. Helmet aku bantai tinggai camtu ja. Camna aku dapat, camtu la aku bagi balek. Dia tinggai ja helmet atas moto masa aku n shiron nak guna tadi. Naseb arh. Pastu, Eyka pon sampai. Well, sekali lagi, aku berjaya mengorek rahsia. Terus hancur hatiku ini... Waaaa... Aper salah aku? Kawan aku yang tader duit tadi, rupanya marah giler kat aku. Sebab aku kuar tak cakap dengan dia. HUk3.. Sekali lagi, aku dipersalahkan. Weh, masa aku suroh k0 gi giant dengan shiron tadi, tak nak. Skarang, takder duit nak makan, nak salah aku ke? Pas ta0 benda ni, aku nak makan pon tak lalu. Sedeh rasa. Takpe lah, aku paham kondisi ko sekarang. K0 nak stadi kan? Orang cam aku tak yah stadi kan, ko cakap? Takpe2.. Tak kisahla kalu k0 salahkan aku or k0 rase besalah, aku nak cakap, yang aku maafkan k0. Even dalam hati k0 tu tak terniat pon nak mintak maaf kat aku kan? Moga k0 berjaya jawab exam esok yer.. Good Luck aku ucapkan. I can still act as if nothing happen tomorrow, but for sure, I want to see the way you react to me. If you're still showing your anger, I'll let you know, I have my dignity also keyh !

P/s: Aku sayang kawan-kawan aku. Taknak la gadoh2.. Nak stadi sama-sama lama lagi k0t.. Lgi 5 Tahun.. Demi persahabatan yang baru nak hidup ni, aku relakan 'pergaduhan' ni. Peace.. Jangan marah-marah... Aku dah tak marah. Just, kadang-kadang aku rasa 'kecewa'..

Kisah kali ni langsung takdak kaetan dengan tajuk entry.. Haha.. Harap maklum. Rummet aku pon dah tido.. Awalnya.. Takpe lah, ng dah stadi. Aku tak stadi lagi.. Jum baca buku.. Sesungguhnya aku bukanlah ulat buku, tak sampai 5 minit, pasti aku akan membuka benda lain seperti fb dan ym. Haha..

Comments

  1. http://faweeda.blogspot.com/

    view mine ok :) -farawaheeda :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(