kembali senyum



 assalamualaikum wbt and peace upon all..

dengan ini nak buat pengumuman. laptop saya rosak.puncanya bermula dengan diri saya sendiri juga.sebab meninggalkan beliau di dalam kereta lantas kereta itu dipakirkan di kawasan yang boleh tahan panasnya. beliau yang tidak tahan panas lantas menghembuskan nyawanya yang terakhir di dalam kereta itu,alone. sedihnya. kesian laptop saya.

lalu saya cepat-cepat menghubungi ayah saya untuk memaklumkan kepada beliau keadaan laptop saya itu. pada mulanya ayah saya cakap biarkan laptop itu sejuk dahulu. mungkin beliau pengsan or tidur sebab tu dia tak nak bangun. saya yang sememangnya mendengar cakap ayah saya sejak kecil membuat seperti yang disarankan. lalu saya tinggalkan laptop itu di dalam rumah lalu saya cepat-cepat berlari anak ke motorsikal hanim dan bergerak ke maktab. 

setelah saya pulang dan setelah saya meninggalkan laptop itu,saya cuba menekan-nekan kembali jantungnya mengharapkan beliau hidup. tapi tapi tapi...

laptop saya sudah pun meninggalkan saya. 

saya teramat sedih.

lalu saya cepat-cepat menelefon ayah saya dan memberitahu beliau keadaan laptop saya tersebut. 

dan beliau berkata, 'kalau nak repair skrin, buat rugi jer. baik beli baru. dapat elaun nanti,beli la baru.' 

saya telah mendapat greenlight untuk membeli sebuah lagi laptop kerana notebook ni sungguh tak awesome untuk dibuat sebagai bahan entertainment. 

ayah saya sangat memahami saya. saya kembali tersenyum. :)

saya kini menggunakan netbook yang saya beli tahun lepas. 











Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(