Adik guwa dan result PMR. tahniah!

assalamualaikum wbt..

Semalam result PMR diumumkan. Tingat zaman dulu kala masa nak amik keputusan.. 

Tapi, ini bukanlah kisah aku, tapi kisah adik aku. 


My sister~ Tahniah eh beb! :)
Keputusan dia bukanlah seperti yang diharapkan. Aku sendiri pun terkejut dengan keputusan dia. Sebab kalau nak compare kesungguhan antara aku masa PMR dulu dengan dia, dia sangat-sangatlah bersungguh-sungguh. Boleh kata tiap-tiap malam bukak buku. Aku? haha. No no no... (Sungguh menjadi contoh tak baik depan adik-adik) T.T *Aku penah ponteng kelas cikgu ganti sebab cikgu tu bekenan kat budak-budak laki ja. Dengan erti kata lain, dia berat sebelah. Menyampah betul aku setiap kali dia masuk kelas n setiap kali tu jugak lah aku ngan kawan-kawan lepak kat library. Tapi nasib baik Sains aku dapat A jugak. Jahat gila aku dulu-dulu. Sekarang ja dah baik sikit. :) 

Adik aku dapat 5A. Tapi aku tau dia keceewwwaaaa sangat-sangat sebab punah lah harapan dia nak masuk sekolah lama aku. Sekolah lama aku susah sikit la nak masuk kalau dapat 5A ja. 

Tapi tak pa, baru PMR. SPM belum lagi. Belajar kat mana-mana pun sama ja. Eh tipu. Mesti tak sama. Tapi asalkan kena gaya, mesti boleh skor punya kan? :) 

Result aku tak lah membanggakan sangat sebab tak cemerlang pun macam kawan-kawan yang lain. Tapi meletopp jugaklah sebab ayah aku pun seronok tengok result aku. 

Bagi aku, asal tak dak C sudah~ hehehe... 

p/s: kesian kat budak-budak yang tak berapa nak skor dalam PMR sebab tak dak pun orang ucap tahniah ke or anything lah kan tapi bukan takziah la. Yang dapat tahniah bagai tu hanyalah budak-budak cemerlang jer. Tapi aku nak ucap gak kat yang dah lepas PMR, tahniah sebab anda masih lagi boleh belajar! Pasni SPM lak yer~ 

pemilik blog yang kelihatan comel hanya pabila berada depan kamera turut mahu menompang nama utk jadi peymesh! 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(