dah breakfast?

assalamualaikum wbt..

selamat pagi semua ! dah breakfast? makan apa? nasi lemakkk? *telan air liur kejap. sedap la kalau dapat nasi lemak. tapi tapi tapii

yang merantau macam saya ni, mesti sarapan milo cicah biskut je kan? ehh, takk? oh, korang ada kenderaan and korang tak main la breakfast milo cicah biskut nih, ye dak? mana ada kelas gituw. =.=''

sob sob sob. di pagi hari di bumi ipoh ni, saya dengan perut yang lapar nak mengisytiharkan bahawa saya sangat malas nak masak supaya perut yang tengah buat konsert heavy metal dengan dasyatnya dapat diisi dengan makanan agar ianya penuh dan tidak lagi mengganggu tuan punya badan.. mesti korang tak dapat nak imagine kan kan kan?

*aktiviti menulis blog tergendala dengan kehadiran lipas-iaitu-serangga-yang-amat-ditakuti-oleh-penulis-blog-ini.*

maaf yer, ada iklan racun serangga lak tadi. fuh fuh.. busuk bau racun. pagi-pagi lagi dah sedut yang bukan-bukan.

anyway, saya dengan berjayanya mengangkat *?* diri saya untuk ke dapur dan menjerang air. tau tak saya sangat malas nak bangun pabila saya dah mula bergolek-golek di atas tilam yang agak sedap dengan bantal-bantal yang gebu lagi empukkkkk? *malas malas malas*

jikalau anda seperti saya, lapar tapi malas rajin, bolehlah ber'breakfast' dengan, milo dan roti potato yang beli dekat tesco plus roti letak jem lady's choice (hat ni balun yang housemate punya).

=') selamat berbreakfast kawan-kawan.

thanks for stopping by and read benda alah ni.


Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(