resipi roti bakar berserta cheese yang cair ala-ala pizza hut

assalamualaikum wbt... 

pagi tadi, eh bukkann, tengah hari tadi ada kawan mesej, gitau dia nanges. "haktuih, menangis pun nak bagitau." mesti korang akan cakap camni kan? tapi lau tak takpe la. FYI, kitorang memang camni. suka bagitau sesama sendiri small matters. orait, berbalik kepada cita tadi.

so, saya pun bertanya la kepada kawan ni, *tetiba jadi baik dan sopan plus ayu gituw* "kenapa menangis pulak?" nak tau tak apa jawapan dia? ha, nak tau tak??? meh nak gitau..

dia jawab:

"sebab lapar..." 

=.='' 

tak pasal-pasal kawan saya dapat habuan gelak ketawa daripada saya. kesian dia. oh, sungguh kawan yang tak dak hati perut.. sorry yer darling, tapi serious rasa kelakar. 

dengan rasa penuh simpati meluap-luap dari usus besar hingga anak tekak, saya pun bertanya, 

"makanan lain takde ke? roti ke?"

"takde. da abis. mak taknak beli bekalan makanan sebab takde orang sangat kat rumah ni yang nak makan. nanti membazir." 

************ **************

itulah mukadimahnya. tersangatlah panjang. maaf yer kawan-kawan. saya bukan nak bercerita mak kawan saya taknak beli roti, tapi nak cerita tentang kat rumah saya hidup penuh dengan roti. >.<' 

mana-mana roti sandwich pun boleh diterima jugak yer. 

oh yeah baby, dat's right. kat rumah ni, ayah wajib beli roti. roti habis je suruh abang gi kedai belikan roti. *abanglah mangsa suruhan kami yang kelapaq roti tengah-tengah malam* 

lepas makan nasi, nak jugak-jugak bakar roti guna toaster mahal *tipu tipu* yang mak beli tu. roti yang dibakar panas-panas itu kemudiannya diangkat dan disapu dengan susu pekat. pernah cuba? oh, tersangatlah nikmat masa itu. da terliur sudah, japgi jom gi bakar roti.. 

ha, toaster camniii laaa 
semalam dan malam-malam sebelumnya pabila tengok tivi saja, mesti nampak iklan pizza hut yang ada cheese melimpah ruah tak ketahuan hala tu dan mulalah mulut ni basah dengan air liur sebab teringin nak makan. tapi tapi tapi dan tapiiiiiiiiii

ayah saya bukanlah penggemar western food. katanya "entah bahan apa yang dia letak dalam pizza tu." well, that's my dad. saya pun hormat keputusan dia supaya tak makan western food. tapi oleh sebab saya juga anak yang nakal lagi comel, saya telan jugak benda-benda tu semua tanpa pengetahuan ayah saya. shh, jangan bagitau ayah saya naa.. 

selepas melihat iklan tivi tersebut saya mendapat satu ideaaa.. tinggg! 

tanpa membuang masa walau sesaat pun, saya bangun dengan kadar segera ke dapur dan meletakkan dua keping roti di atas pembakar roti jenis lain dan meletakkan cheese di tengahnya.
ini toaster lagi satu yang terdapat di rumah saya

kemudian, selepas pembakar roti itu berbunyi menandakan ianya sudah masak saya pun bergegas ke dapur untuk melihat hasilnya.

okay saya tipu. pembakar roti tu tak bunyi pun. kena pergi tengok lampu yang menyala tu sama ada dah masak ke belum. kalau dibiar lama-lama boleh jadi hitam dan hangus dan rasanya sungguh pahit dan tak menyelerakan langsung! 

roti yang siap dibakar bersama cheese itu pun diangkat dan diletakkan di dalam mulut secepat mungkin..... >.<''

ohhhhhh.. nyamannya rasa. sungguh enak sekali. cheese yang ada di tengah-tengah roti tu cair sebijik macam iklan pizza hutt tu. weee... 

anda juga boleh cuba di rumah tanpa bersusah payah untuk ke mana-mana restoran pizza hut terdekat mahupun terjauh untuk merasa keenakan cheese seperti ini. 

yang diperlukan hanyalah roti dan cheese serta pembakar roti sama ada berkualiti mahupun tidak, murah atau mahal, sama sahaja kerana hasilnya tetap roti bakar. selamat mencuba ya.. 



thanks for stopping by and read this. =) 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(