citer yg lepas :: selamat ari guru

okay, abg ehsan tgh mentarbiah sape tu? :P

orang-orang yg mencari tempat teduh..

hanim n kak nurul, tgh bersembang!

shidah, khusyuknyaaa....

panas2.. hahaha

erk, apa ni?

sazzy, paparazzi terkini! hahaha..

oh yeah, selamat ari guru diucapkan kpd guru
2 dan juga bakal-bakal guru. ehem3.. ni hari Isnin punya cerita, di mana IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi menyambut tarikh yg memang keramat arh. hahaha. disebabkan bebudak lain exam, maka, pihak pentadbiran telah memilih 31 May untuk menyambut ari guru. TERBAIK punya! bukan bebudak ni datang sangat pon. huhu. pagi-pagi lagi saya dan seangkatan dengannya dah bertolak ke tapak perhimpunan, tak lain tak bukan, di hadapan blok cempaka yer.



ok, sebenarnya, bukan kami yg diraikan, of course la lecturer kan. so, setelah sekian lama tercangak kat tapak perhimpunan tu, lecturers pon datang dengan diiringi paluan kompang. ceh, macam orang nak kawen sudah
aku tengok. dalam erti kata lain, tak payah pon tak pa kompang tu. haha.. padahal aku jeles! nak
tunggu paluan kompang untuk aku, pergh, lambat lagi. degree pon belom masok beb. jangan mimpi ar nak kawen..

bila lecturers suma dah duduk kat kerusi-kerusi yg disediakan, program pon bermula. saya pon tak ingat sangat tentatif program pada hari itu, sebab banyak benda berlaku sepanjang minggu ni~~ macam-macam jugak la acara dijalankan bagi memeriahkan
lagi majlis. TAPI yg paling penting, mestilah ada ucapan Tuan Pengarah kan. ucapan demi ucapan, kaki dah lenguh berdiri. masing-masing tak mau
mengalah dengan gaya berdiri. punya nak menunjuk. berdiri tengah-tengah panas itu sudah pasti la kan. students lain dah bersepah carik tempat teduh. budak2 J ni ja skema badak, erk, itu saya dan kawan2 juga, masih berdiri teguh di tengah-tengah panas. ceh, diorang ni, bukan cair pon dudok bawah panas tu. lecturers pon berkipas dah aku tengok.

bagi memeriahkan lagi majlis, satu per satu
persembahan dipersembahkan. *skema gila ayat* mula-mula persembahan dari budak-budak pra sekolah, yg sememangnya kiut2. tetiba students yang berteduh tadi kembali sanggup berpanas, sebab nak tengok persembahan. yela, kat tapak perhimpunan tu mana ada stage.
duduk belakang memang mimpi ja la nak tengok persembahan. abes persembahan budak-budak tu, ada persembahan teater la pulak, dari senior. berkisahkan budak-budak zaman dulu dan sekarang. sangatlah menarik dan menghiburkan, walaupun di hujung persembahan saya menangis. waaa, tak tipu, sangatlah sedih~~~ persembahan yang mantap dan berjaya. tahniah saya ucapk
an. btw, geli tengok lelaki yg berlakon sebagai mak dan memakai kebaya serta berselendang! ewwwww.. dan juga, tak lupa part 'rogol' tu. weks! hebat ar senior. cam biasa, majlis abes bila kami semua menyanyi lagu institut dan lagu Kami Guru Malaysia.

perutku sudah berkeroncong, jom ke kafe! tak tahu la pulak lecturers ada jamuan kat kafe nih, tapi lantak lah, lapar k0t. saya makan, eh silap, saya minum bersama-sama dengan Ting, Shiron n Eyka. dalam minum-minum n lepak-lepak kat kafe tu, ushar la jadual untuk minggu nih. fuhh.. manTOP abes ar.. penuh! penat ar nak layan HEP camni. tapi, disebabkan ada ugutan nak potong duit elaun 100, terpaksa la menghadirkan diri.

petang tu, ada ceramah apa ntah, HEP punya keja, suroh student dtg, tapi berapa kerat ja yg mai pon. ceramah berkaitan dgn kaunseling kan, agak bosan tapi still bleh tahan la mata mengantuk nih. ditambah pulak lagi dengan cuaca yang hujan, memang lah dugaan.. so, bila dah abes program petang tu, saya dan kawan-kawan, Eyka n Shiron, bercadang untuk jalan keluar utk membeli jemput2 dan juga, air buah. mula-mula hujan renyai2 ja, nak main hujan laa, tapi di pertengahan jalan, makin lebat. akhirnya, saya basah kuyup petang tu. pergerakan saya terbatas pabila saya memakai wedges dan wedges tu licin sekali. cis3... aku kena tinggal.

bila dah membeli, kami pon melalak dalam hujan~~ yeah, basah-basah lagi mahu menyanyi. huhu. sebenarnya, saya mahu me'release' tension pada hari itu, of kos, banyak betul tekanan jiwa dan perasaan melanda diri ini. ecececece.. jadi, saya pon mengambil keputusan untuk bermain dalam hujan yg kononnya dapat menge'wash' away da pain la kan. tapi, tak dak maknanya! sama gak kondisiku. huhu. lepas balik bilik, ada sesi 'pengakuan jujur' bersama Anis. saya akhirnya menangis teresak-esak bila membuat pengakuan jujur, erk, macam aku bersalah je kan? tapi tak la, air mata itu turun kerana tekanan perasaan yg sudah sekian lama bertapak di hati ini ya~~ ahaks. mata ku sudah bengkak dek menangis yg melampau. ditambah pula pada petang itu, selepas main hujan, saya tak terus mandi, akibatnya, malam itu, saya sakit kepala sgt2!

tetapi, malam itu, plan nak jumpa 'dya' kejap, sebab nak bagi segala benda makanan yg saya sendiri tak makan. kondisi kitowang yg agak 'dingin' menyebabkan saya bertambah-tambah sakit kepala. balik tu, selepas solat isya', saya melabuhkan tirai. rummet saya sudah pergi ke surau atas urusan apa ntah. saya pon tido sorang2 dalam bilik. tengah2 tido tu, ada mesej masuk. beliau bertanya, turun? saya kehairanan, salah anta msj ke apa mamat nih, lalu meng'ignore'kan mesej tu dan ingin menyambung semula sesi penutupan tirai. tapi, isk, pesal aras aku ni sunyi jaa? ai, lain macam rasa. ada enaunsmen ka? tak tau apa2 pon. sudahh, bahaya nih. tak lama kemudian, rummet tersayang pon kol, suruh turun, en. suhaimi nak suruh tandatangan mende ntah. rummet suruh saya cek sama ada budak bilik sebelah da turun lum. tapi dia da turun. saya sorang-sorang. tak berani nak pergi kalau sorang-sorang camni. dah cuak abes ni. nak nanges pon ada. huhu.

tak pe lah, tak yah pegi. lantak la en. suhaimi nk buat apa pon kan. tak berani dah nk turun sorang2. kreeekkk.. terdengar pintu bilik depan terbukak. hah! ada orang tak pergi lagi gak ke? tengok2 k.mimi pon tak pegi lagi. yes!! ada teman. lalu daku mengajak dya pergi bersama. ok, saya kerabunan kerana tak sempat nak mencapai spek dalam kekalutan. saya pon kol rummet, di manakah anda. di sini, di sini, jawabnya~~ saya pergi kat rummet, pastu nampak anis, terus saya menarik anis, huhu, dan berderai lah air mata di hadapannya buat kali kedua pada hari ini. wakakakakaka.. cuak abes, si 'prince' pulak dok mengacah2. menambahkan lagi bara di hati ini. selepas sign menda alah tu, terus balik bilik, TIDO! tak guna pnya orang.. mengacau orang tido jaa!! cess!

TAMAT!!

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(