Off to Negeri Sembilan~

Cuti sekolah a.k.a. cuti budak maktab jua dah lama start, sejak minggu lepas lagi. Tapi aku tak pi jalan mana-mana pon. *padahal tadak duit* Sepanjang keberadaan aku kat rumah, perghhh, punya la bosan tak tao nak habaq! Isk! Well, aku tau, peah pon rasa camni gak. Hahaha. Keja aku asek online ja n tak lupa, mendownload segala benda yang boleh didownload. Heheh. Tu la keja aku selama cuti nih. Tapi hari Jumaat ritu, aku kuaq dengan member-member tersayang, Peah n Pkah. Kami p bejalan kat Jusco. Jusco yang dah nak runtuh. Ceit! Tak pa la. P tengok cerita n teman Peah beli kasut ja. Len kali la cita yang tu. Sambung balik cerita tadi~~



So, aku yang punya boring tak tau nak habaq ni duduk la melenggang kat rumah. Tapi semalam, ho yeah! Ada apa dengan semalam? Semalam family aku bergerak dari penang ke negeri sembilan. Kampung aku weh. Tempat kelahiran. Cewwah! Sepanjang perjalanan aku dengar lagu ja. Apa lagi boleh buat? Ayah aku tak bawak balik dvd kereta. Kalau tak boleh mengadap cerita apa-apa kt tv lam keta tuh. Huhu. So, aku la jadik radio buruk lam keta sebab aku sorang ja dok melalak lam keta. Kalau aku penat, aku tido. Tapi sangatlah best. Aku suka duduk lam keta lama-lama n tengok pemandangan. *pergghh! Tipu3*



Sampai kt Klang, kami singgah rumah Tok Sedara. Tok Chik. Tapi, Tok Chik n Wan Chik tak dak. Depa pi bejalan kat Bandung, indonesia~ Yang ada, moyang aku, panggei nyang, sepupu mak aku dua orang. Pompuan yer~ Sorang dah kawen sorang lagi dah bertunang. Dan tak sangka, punya la lama tak jumpak depa ni, budak yang aku tengok last time dulu tu dah besaq gajah dah. Dah umuq 5 tahun. Punya la lama tak bejalan balik Pilah. Isk. Dan!!! Ada sorang lagi. Hat ni baru. Babyyy!! Nama Amsyar.. waaaaaaaaaaaa, sangattlah cute budak ni. Dan mesra alam sungguh. Pipi dia yg bulatt tu, geram toi aku tengokkk.. Pipi budak ni akhirnya menjadi mangsa cabul aku. Hahahaha.. Ampa toksah dok pikiaq bukan2..











Setelah beramah mesra sebentar, kami pon bergerak la.. Satgi lambat lak sampai kat kampung. Kami tak makan dinner kat rumah tadi sebab, yela, datang mengejut. Kot la kol dulu nak habaq kata nak mai ka.. Tak, ayah aku kol Tok Chik ja, tak habaq pon kat orang rumah dia kata nak mai. Ayah aku memang suka buat surprise kat orang. Sep bek orang tak dak sakit jantung ja. Isk3... *geleng2 kepala skit* Perot masing-masing memang la, tersangat sangatttlah berkeroncong terutamanya aku. Sebab makan nasik pagi tu, tu pon sikit ja belasah. Mak, cheq lapaq! Memandangkan semua lapaq nasik, ayah aku plan nak makan kat hentian rehat Dengkil, tapi under construction pulak. Lapaq ni weh!

Akhirnya, singgah kat hentian rehat seremban. Kat situ, apa gi, carik nasik ar.. Suma pakat lapaq abeh. N aku pulak, perot kosong pi gatai nak makan sambal yang pedas. *mana nak tau kata sambal tu pedas sangatt* huhu. Akhirnya aku makan dengan air hidung n air mata~~ Bukanlah aku makan ayaq2 tu. Hish hampa nih! Pedas yang teramat tapi besttt! Baru la nikmat makan orang kata kan. Mak aku selalu kata pa tau, tak kick ar kalau tak pedas. Pedas menendang. Boleh bayangkah??










Ok, perot pon dah terisik masing-masing, sambung balik perjalanan. Sepanjang perjalanan aku kesejukan. Dengan ekonnya, so, aku pon kebas adik aku pnya sweater. Sejukkkkk!! Dari hentian tu, lama gak la nak bejalan masuk kampung pon. Pekan seremban, golap ja~~ haha.. akhirnya sampai kat kampung pukul 1.30 pagi. Mata mengantok tak tahan~~ disebabkan balik mengejut LAGI, kami terpaksa tunggu kat luaq sat, sebab nak kena kejut atok n wan aku dulu. Suruh bukak pintu. Sampai-sampai ja, cepat-cepat aku tanggai lens n tukaq baju then, terjun atas katill.. ngantok~~~




Pagi ni, aku dah tak dak keja. Awai lagi dah bukak laptop dah....

TAMAT~~
Pasni nak bejalan mana ntah? Huhu..

Comments

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(