hari ni letih sangat2.

assalamualaikum wbt n peace upon all...

warning warning warning... this entry is in Malay. thank you. 

hari ni memang meletihkan. seharian ada kelas. memang menguji tahap stamina diri dan juga keimanan untuk berjalan di bawah matahari yang panas terik. memang membawa pengajaran yang cukup bermakna iaitu, lain kali letak sunblock tebal-tebal sebelum keluar rumah. tak pun bawa payung. >.<'' tapi bagi kaum Adam mungkin semua ni tak penting, takut dikecam dengan panggilan, 'jambu'. bagi mereka hitam itu macho putih itu jambu. betulkah? erk, guwa tak tau part nih. pernah dengar ja. 

anyway, walaupun ada kesenggangan masa pada pukul 10 hingga 12.30 hari, hajat nak balik rumah memang sah-sah tak kesampaian memandangkan pagar maktab hanya dibuka pada pukul satu tengah hari. oh, memang perlu sabar banyak-banyak. 

namun begitu, kesenggangan masa yang ada tadi tidaklah digunakan untuk bertidur-tiduran dengan penuh tawaduk serta khusyuknya di dalam kelas dengan ekon sebanyak dua bijik, fuhh, sodappp ! ianya digunakan untuk berjalan berpanas-panasan ke kereta dan pergi ke pulako mencari pensyarah berkenaan kertas kerja. ho yeah. rajin nya engkau. sejak bila ntah. 

setelah berjumpa pensyarah dan berasa kecewa kerana begitu banyaknya benda nak dibetulkan kitorang menuju ke kafe untuk mengisi perut yang berbunyi. setelah makanan dibayar, laju-laju berjalan ke tempat duduk untuk menjamah makanan. oh yeah, rasanya begitu tidak menepati citarasa saya, lalu saya hanya makan beberapa suap. >.<'' 

after that, kitorang patah balik ke kelas dan terpaksa mendengar leteran pensyarah kerana kegagalan kitorang untuk mengingati nasihat yang beliau berikan kepada kami tahun lepas. T_T

dah habis kelas, cepat-cepat menunaikan solat zohor dan terus mencari tutor untuk berbincang mengenai BIG. then pergi DSM untuk dengar coursework briefing, (sangat bosan). then balik rumah kejap dan sempat la mandi manda sedikit agar badan wangi, dan menunaikan solat Asar. tanpa melengahkan masa cepat-cepat deraiv (baca drive) pergi maktab. laju kemain aku bawak keta tadi. kalau kena saman, tak tau la.. punya la susah nak cari parking, last-last sumbat saja kat celah mana yang muat. 

aktiviti pada petang tadi adalah berkawat, lebih kepada menjerit sebenarnya. sakit tekak dah sekarang nih. haha. dan baru sekarang berpeluang untuk duduk duduk bersenang lenang sebentar sebelum solat Maghrib. 

malam ni, terpaksa buat homework yang memang tak pernah putus dari tangan. >_<

kesian banyak-banyak kat Shiron sebab kena uruskan orientasi JQAF kerana dia adalah JPP. tak dayo den nak nolong. eden pon banyok kojo eh...  

itu sajalah report untuk hari ni sekadar nak menyemak dashboard korang. hehe.. 

babai kawan-kawan. :')

love,
AA




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(