cuti dan planning ! =3

assalamualaikum wbt n peace upon all..

Hari ni merupakan hari voting ! Dan keputusan pun dah berjaya diumumkan. cuba teka siapa Exco Hubungan Luar dan Pengantarabangsaan ??? Cepat cepat cepat........ 

Jawapannya adalah : Shashiron !!!!! Rummet saya merangkap Ketua Unit kelas J7. Tahniah diucapkan kepada anda. Sungguh tak sia-sia menjadi pencadang anda yerr... Dan untunglah jugak housemate-housematenya kerana beliau sudahpun berjanji untuk belanja makan. Sebentar lagi beliau akan ke Giant dan membeli bahan masakan demi memenuhi permintaan saya terlebih dahulu. *awal2 lagi aku dah tuntut pasta kat dia. ahaks!*

ini dia JPP anda yer! gambar cun kemain! 
anyway, cuti raya cina dah dekat nih. bebudak rumah pon dah pakat-pakat beli tiket nak balik esok. saya? hurm, belum confirm lagi memandangkan yang datang kutip saya kat Ipoh ni pun tak lain tak bukan My King (baca ayah) la jugak kan. beliau telah call tadi dan beliau pun macam happy jer anak dara dia ni nak balik. dapat lah dia merasa penangan urutan anak dara sampai boleh buat dia menjerit selow selow sebab tahan sakit.  =.=''  juga dapatlah dia merasa anak dara dia ni dok bancuh ayaq kat rumah malam-malam... kesian kat ayah, sapa lagi nak buat kalau bukan ceq kannnn ?? lebiu dad!

kebas kat google =3
anyway, dah lupa nak cakap apa tadi sebenarnya. banyak sangat melalutnya pun. 

oh ya, korang balik bila yer? korang nak buat apa cuti seminggu nih? (soalan ditujukan kepada yang bercuti seminggu ja) 

saya dah ada plan untuk cuti seminggu kali ni iaitu:


  • pergi ke SMKA Al-Irshad aka sekolah lama dan ambil sijil SPM. >_< *patut buat lama dah nih!*
  • makan masakan mak sepuas-puasnya dekat rumah tanpa mengira berat yang bakal naik *part ni paling best oh!*
  • main dengan adik kecik dan wajib kacau dia waktu dia tidur *kiss kiss kiss kiss*
  • buat tak tentu hala dengan adik beradik *sembang sampai tengah malam atau tak tidur malam sampai kena marah dengan mak.*
itu sahaja list setakat ni. setakat ini okeh~ 

melancong bersama pemily macam susah sikit sebab saya tau, ayah saya mesti sibuk dengan bisnes dia. it's okayyy daddy. 

oh mak and ayah, mai amek kak cepatt~~ tak sabaq nak balik rumah nih..

p/s: macam mana lagaknya kalau saya kena belajaq kat oberC ? kompem nangis-nangis kat airport nak balik.. huhu... salam perantauan semua. kawan-kawan yang dok belajar kat luar negara tu, lau balik Mesia nih, ingat-ingat la nak contact saya eh . terutama awak Mr J! ni pun kalau awak baca. haha.. 

Comments

  1. tumpang gmbira bila dpt tau shiron mnang..smoga dia dpt jlnkan tugas dgn baik..

    ReplyDelete
  2. wait..wait... did u actually go to eshad? miss 'em...hurm

    ReplyDelete
  3. sesuci embun pagi: erm tu la.. yg sblum ni kalah, alhamdulillah sem ni menang. :'>

    luvly iema: ha, aku pi eshad ritu. haha. rindu gila kat skolah.. aku rasa cam nak melilalu dari pi kelas2 lama esp taim form 4 and form 4..

    ReplyDelete
  4. pastu pastu?? ang p ngn sapa?? cikgu kata apa? =D

    ReplyDelete
  5. aku pi ngn abg aku ja. aku pi jumaat ptg. saja. tym tu ckgu suma dah balik, ng bebudak pn tak dak. aku segan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(