tali gitar putus + hadiah comel dari Cik Rushy


assalamualaikum wbt.. 

setelah sekian lama merajuk dengan blog, akhirnya saya bersetuju untuk berbaik semula dengan beliau. =.='' 

hari ni memang banyak menghabiskan masa dengan Kyron. Terima kasih bebanyak dekat mak Kyron sebab masakan yang awesome memang makan kenyang sampai membulat perut. dasatt ! 

finally dapat jumpa dengan Kyron after a month and a half tak jumpa. rindu? aww, of course i miss her! 

siyes tak der benda sangat nak citer cuma thanks to my best friend Naz, sebab wat entry yang ada gambar saya besar gedabak lagi memberi semangat untuk teruskan kehidupan seharian bila dah tak sanggup dah nak tengok masalah yang menimbun mengalahkan gunung Kinabalu.. comel betul gambar tu. pandai dia pilih. =') 

oh ya, tadi Shiron tune gitar saya, entah macam mana satu tali terputus. well, luckily tali tu tak bidas muka dia. selamat ! tapi tapi tapii

teng3, tengah fikir mana nak cari duit nak letak tali baru. oh, ada sapa-sapa nak bagi duit secara percuma kepada saya? tak de? okay, nak merajukk kejap kurung diri dalam bilik. sob sob sob

it's okay. benda dah nak jadik kan. it's fate ! saya pasrah~ cewwahh.. 

and saya tak marah or upset pon dengan kawan saya meskipun saya sorang yang sensitip sebab hari-hari suka nangis sambil menghabiskan tisu sekotak. tipu tipu tipu.. mana ada saya nangis. saya tabah oo.. *cam susah nak percaya je kan?* 

BUT

saya jugak happy malam ni. 

sebab nya..

housemate saya yang comel lagi bijak telah bagi saya something bersempena dengan birthday saya yang sudah lepas tu. dan dan dan, hadiah tersebut merupakan sebuah planner yang sangat comel seumur idup tak pernah nampak planner yang secute macam tu sampaikan sayang pulak nak guna. kalau nak bagi kat orang lagi lah sayang kan? 

dah lewat ni kawan-kawan, setelah 4 jam lebih naik kereta pergi balik Bagan Datoh, haruslah saya berasa penat yang melampau sampai nak pergi basuh muka dekat toilet yang tak sampai 50 meter dari bilik pun rasa malas. oh, kenapa? mengapa? sampai begini sekali perangai anak dara oii.. *padahal bukan nyer aku yang drive ! +.+

so, cemana dengan sambutan New Year korang? dapat rumah baru ke sebijik? kereta baru ke? ada sapa-sapa dapat keta kebal tak, boleh la share gambar dengan saya. *memang nak kena lepuk budak nih. 

selamat malam semua. saya belum rasa nak tidur lagi walau badan dah rasa letih teramat. semua gara-gara budak comel dalam cerita Diary of a Wimpy Kid. comel melampau sampaikan malam ni nak mengadap muka dia sahaja. 

p/s: jangan risau kalau saya tak dapat main gitar saya sebab hanya gitar saya sahaja yang terputus talinya. masih ada lagi dua buah gitar kat rumah ni milik housemate yang lain. tunggu masa Mira and Hanim nak beli maracas and keyboard jer. boleh wat konsert percuma dalam rumah nih. =')

thank you for stopping by and read this. 

Comments

  1. 1st, ang ada gitar??
    2nd,sowi aku xbagi adiah pape pon besday ang. wish pon 2hari lpas tu. huk3..
    3rd, mna dia gambaqnye?? aku nk tgk jgk planner yg chumel tu =)

    ReplyDelete
  2. 1st: ada ja.
    2nd: xpa ja.. hehe
    3rd: ala, x dak lak nak snap. skang nih aku malaih nak amek gmbaq~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DOA untuk ingat dengan SEKALI BACA

gambar malam gala unit F

mengundang padah bila tidak berhati-hati. :(